Wednesday, 6 October 2010

kawan

bila kau tuliskan pengalamaN kita
di atas secebis memori
ia akan disimpan selamanya
biarlah ia disimpan sebagai harta yang paling kita sayangi

cuba kau ingat kembali waktu kita gembira
semasa kita menghadapi berbagai-bagai dugaan bersama
bila kita memakai uniform untuk masa yang panjang
rasa seperti terkurung sahaja
tetapi sekarang bila sudah mencapai tahap dewasa
rasa rindu pula untuk menconteng papan hitam

bila hendak meninggal tempat belajar
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena
aku akan menganggap ini hanya sebuah lakonan semata-mata
tidak mahu ku hilang semuanya....

kita adalah kawan buat selama-lamanya

bila kau rindu akan aku ku harap
kau tatapi la gambar yang ku beri dulu
dan ia akan tetap bersinar seperti dahulu
seperti senyuman mu

walaupun kita tidak selalu bersama
kita tetap memandang langit yang biru

bila kau katakan kau sayang akan aku
aku kata aku juga sayang kamu
pastikan kau tak lupakan aku
kita pasti bersama selamanya
tetap dihati sebagai

KAWAN....

No comments:

Post a Comment