Thursday, 28 October 2010

mimpi

hari ini seperti indah
dibuai mimpi kita
televisyen malam tanpa satelit
memancar pelbagai cerita..

malam kelmarin
gelap sahaja televisyen ku...
umpama langit kelam tanpa bulan..

kadang2 hanya cerpen sahaja
yang terjadi...
malam pelbagai cerita indah dunia

keunikan cerita umpama seperti
suatu gambaran yang susah ku gambarkan..

Tuesday, 26 October 2010

tensen...

hari ini aku tensen..
pale pening masuk air..
tak tau nape...

bile da pening mata mula ngantok..
layan jap ar nk tido..
ade plak orang kacau..
tensen lagi...
ape lagi kau nk??

xde keje laen ke nk wat?

Saturday, 16 October 2010

puisi jiwa kacau yang sedih + hilang akal

ilham dari lagu

biar rindu ku di lamun mimpi
hanya rembulan menemani ku
hanya sesuatu yang ku temui
akan ku lalui bersamanya..

kenangan yang pahit
membuat aku terasa pedih...
itu semua hanya sesuatu
ubat yg terbaik pernah
aku rasai...

"jangan rasakan semua benda
pilih yang mana betul sahaja"
ayat ini kadang2 membuat kita
termenung dan berfikir sejenak
adakah benar semua ini??

halangan minda mencapai
ke tahap maksima
di mana semua hanya
permainan di minda kita

your are stopgap
you always want to stop me
from what??
from why??
that always came in my mind

senjakala datang kala
diriku tenang
semua takkan berubah
melainkan keinginan ku

malam ini aku sendiri
berteman bulan dan bintang
seringkali teringat dikau
yang jauh di rantau orang

kawan yang berada jauh dan dekat
khas ku buat ini untuk kalian semua

mimpi tak selalu indah
tapi pengalaman ini ku buat
terasa indah selalu

sudah 19 tahun
ilmu sudah ku susun
hanya mampu ku ajar
selama mana yang ku tahu

wahai kawan-kawanku
dengarlah cerita ini
khas buat kamu semua
pahit dan sedih
manis dan ketawa
sentiasa ada di hati kita

janganlah lupakan kawan
dimana kita berada
tanpa mereka
anda bukan anda yang sekarang

inilah lagu ku untuk semua
yang dari sana hingga ke sini
marilah bernyanyi bersama
lamunan terhenti membuai mimpi

terbanglah kau
terbuailah di wajah mu
ceritalah kisah sayang nanti
mawar sepi yang menanti
kuntum bunga yang lain..

why are wasting your life for me
why are wasting your life
im not good for you
why choose me??
sometimes i can't understand
what are your thinks...

Wednesday, 13 October 2010

manis...

memandang matahari
dari bilik kaca yang kecil
memerhati unggas2 kecil beterbangan
gembira jiwa kecil ini

semalam tanpa jiwa
hari ini ingin mencinta
gelak hati sendiri
kenangan ini tak akan aku lupai

mungkin ini kali terakhir
kelas aku bersama miss
gelak ketawa, sedih berduka (walaupun tiada)
akan menjadi kenangan hingga akhirnya

biarlah kaki membawa perjalanan
jangan hati tinggalkan kenangan

masa ini masa yang singkat
bila dimarah kita terpikat
bagai mencari permata
di padang yang luas
payah untuk kita temui

payah untuk berucap
hanya ku taip
kata2 semangat
yang penat mendidik

thanks miss mazuin!!!
hope miss sihat sentiasa

musuh

dalam hati ada musuh....
selimut menangkap musuh diri
membiar diri terbiar sepi
kemana hilang musuh ini
sekejap ada sekejap menyepi

kehilangan kepahitan
kesedihan kemunduran
mengingat aku sejenak
terdiam terpaku
membunuh senyap...

hidup ini mudah
tapi penuh dengan kecabaran...
aku ingin memudah
bukan ingin bercanggah....

biarlah musuh aku
hanya sebegitu....
tak mahu lagi
kecundang sendiri di medan itu.....

Thursday, 7 October 2010

kertas ku.....

bila ku berpaling
ku rasakan seperti masa ini semakin laju
bila tibanya hari kurasakan
jantungku berhenti berkata-kata

kenapa??
apa yang ku fikirkan??
bila ku memandang masa
jantungku tiba-tiba berkata-kata semula
menyuruh ku untuk menjalankan tugas...

masa sudah semakin hampir
mata ku sudah semakin layu
seperti bunga yang airnya tiada

hari-hari menanti kesenangan
kesusahan yang mendatang
membuatkan kita terus cuba dan mencuba

kertas ku dihujung nyawa...
kehilangan keputihannya.....

Wednesday, 6 October 2010

kawan

bila kau tuliskan pengalamaN kita
di atas secebis memori
ia akan disimpan selamanya
biarlah ia disimpan sebagai harta yang paling kita sayangi

cuba kau ingat kembali waktu kita gembira
semasa kita menghadapi berbagai-bagai dugaan bersama
bila kita memakai uniform untuk masa yang panjang
rasa seperti terkurung sahaja
tetapi sekarang bila sudah mencapai tahap dewasa
rasa rindu pula untuk menconteng papan hitam

bila hendak meninggal tempat belajar
terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena
aku akan menganggap ini hanya sebuah lakonan semata-mata
tidak mahu ku hilang semuanya....

kita adalah kawan buat selama-lamanya

bila kau rindu akan aku ku harap
kau tatapi la gambar yang ku beri dulu
dan ia akan tetap bersinar seperti dahulu
seperti senyuman mu

walaupun kita tidak selalu bersama
kita tetap memandang langit yang biru

bila kau katakan kau sayang akan aku
aku kata aku juga sayang kamu
pastikan kau tak lupakan aku
kita pasti bersama selamanya
tetap dihati sebagai

KAWAN....